Selamat berkunjung

Selamat datang ke halaman blog Cikgu Yati

About

Model UPSR-BM Penulisan Bhg C


MODEL UPSR 1

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Sarah suka menonton televisyen selepas mengulang  kaji pelajaran. Biasanya dia menonton televisyen pada waktu malam bersama-sama dengan anggota keluarganya. Secara tidak langsung, hubungannya dengan anggota keluarganya dapat dipererat.
                Rancangan televisyen yang gemar ditonton oleh Sarah ialah rancangan yang berunsurkan pendidikan. Sebagai contoh, dia suka menonton rancangan berbentuk dokumentari tentang alam semula jadi atau perlancongan. Menerusi rancangan tersebut, dia dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
                Sarah juga gemar berkongsi maklumat dengan rakan-rakannya. Dia akan menceritakan rancangan yang ditontonnya kepada rakan-rakannya. Selepas menonton sesuatu rancangan, Sarah akan menutup televisyen. Dia tidak akan membiarkan televisyen terpasang  tanpa ditonton. Dia juga tidak akan menonton televisyen sehingga larut malam.



MODEL UPSR 2

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Adli duduk di bawah pokok. Dia membelek-belek keputusan peperiksaannya. Keputusan yang diterimanya itu kurang memuaskan. Tentu ibu dan ayahnya berasa kecewa apabila melihat keputusan peperiksaannya. Dia berasa malu kepada rakan baiknya, Saiful. Walaupun Saiful hidup dalam serba kekurangan, namun dia cemerlang dalam pelajaran.
                Dia tahu bahawa dia boleh berjaya. Namun begitu, dia malas hendak belajar. Setiap hari masanya dihabiskan dengan bermain permainan video dan menonton televisyen. Dia jarang-jarang mengulang kaji pelajaran. Dia sering membuat kerja rumah pada saat-saat akhir. Kadang kala dia meniru kerja rumah Saiful.
                Setelah mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, dia berasa hampa. Peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dia sedar bahawa dia seharusnya berubah sikap. Dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.
                Adli terserempak dengan Saiful ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia berasa malu. Saiful memujuknya agar tidak berasa kecewa. Saiful berjanji akan membantu Adli dalam pelajaran. Adli bersetuju untuk belajar bersama-sama Saiful. Saiful berasa amat gembira kerana Adli mahu berubah sikap.
                Sejak itu Adli belajar dengan tekun. Dia menghabiskan masa dengan belajar dan mengulang kaji pelajaran. Saiful membantu Adli dalam mata pelajaran yang dia lemah. Mereka sering berbincang tentang pelajaran bersama-sama. Akhirnya berkat usaha yang gigih dan semangat yang tinggi, Adli berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapanya berasa amat bangga dengannya.



MODEL UPSR 3

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Pagi-pagi lagi kami bangun. Ibu sibuk menyediakan bekalan. Aku dan kakak membantu ibu memasukkan bekalan ke dalam bakul. Ayah pula memasukkan barang ke dalam kereta. Hari ini kamu sekeluarga hendak berkelah di Teluk Batik.
                Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana banyak kenderaan di jalan raya ketika itu. Kami tiba di Teluk Batik pada pukul 10.00 pagi. Kami pun meletakkan barang-barang di bawah pokok yang redup. Aku dan kakak pun menyalin pakaian lalu ke pantai untuk mandi. Ibu mengingatkan kami agar berhati-hati kerana ombak kuat ketika itu. Aku dan kakak pun bermain-main air di tepi pantai. Orang ramai sedang bermandi-manda.
                “Kakak, mari kita mandi di tengah lah..nampak seronok sahaja,” kata aku kepada kakak.
                “Tak usahlah. Bahaya. Lagipun kamu tidak tahu berenang,” kata kakak.
                Ketika itu aku sudah ke tengah tanpa menghiraukan larangan kakak. Aku pun terus mandi di situ. Tiba-tiba ombak datang dengan kuat. Aku berasa sukar untuk bernafas. Aku terkapai-kapai di bawa air. Aku menjerit untuk meminta pertolongan tetapi suaraku tidak keluar.
                Tiba-tiba aku berasa badanku ditarik orang. Rupa-rupanya ada seorang lelaki telah menyelamatkan aku. Kakak mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.
                “Kakak sudah larang kamu jangan ke tengah. Kita mandi di tepi sahaja. Kamu degil,” kata kakak.
                Aku segera meminta maaf kepada kakak. Ibu dan ayah segera mendapatkan kami. Ibu dan ayah bersyukur kerana aku terselamat. Aku berasa kesal akan tindakan aku itu. Kejadian yang berlaku itu merupakan suatu pengajaran kepada aku.



MODEL UPSR 4

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Lee Meng           : Muka kamu pucat dan lesu sahaja. Kamu sihatkah Erina?
Erina                     : Sudah beberapa kali saya ke tandas. Kepala saya sakit dan muntah-muntah.
Lee Meng           : Masa di kelas kamu asyik keluar sahaja. Saya ingat kamu ada masalah lain.
Erina                     : Saya muntah-muntah dan cirit-birit. Perut saya memulas-mulas.
Lee Meng           : Kamu minum air masak ini. Biarlah saya picit kepala kamu. Kamu makan apa pagi                            tadi?
Erina                     : Tadi saya beli bihun goreng dari gerai Pak Abu. Saya tidak sempat sarapan di rumah.                    Jadi, saya singgah di gerai Pak Abu. Saya sarapan di gerainya.
Lee Meng           : Saya rasa kamu keracunan makanan. Mengapa kamu makan di gerai Pak Abu?                              Gerainya kotor. Makanan yang dijualnya terdedah dan ditutup.
Erina                     : Pagi tadi saya lapar. Selalunya saya sarapan di rumah. Hari ini ibu saya tidak sempat                     untuk menyediakannya.
Lee Meng           : Saya tengok keadaan kamu teruklah. Biarlah saya memberitahu Cikgu Normah.                            Nanti dia boleh hantar kamu ke klinik. Nanti kalau dibiarkan, keadaan kamu akan                               melarat.
Erina                     : Oh ya, bolehkah kamu menelefon ibu saya? Kamu beritahunya tentang keadaan                         saya. Suruh ibu saya tunggu di hospital.
Lee Meng           : Baiklah. Saya akan berjumpa dengan Cikgu Normah untuk memaklumkan hal ini.                          Kemudian, saya akan menelefon ibu kamu. Kamu jangan ke mana-mana. Kamu                      duduk di sini kerana saya khuatir kamu akan jatuh nanti. Lagipun, kamu sudah                             lemah dan tidak berdaya untuk berjalan.
Lee Meng           : Baiklah. Terima kasih, Lee Meng.



MODEL UPSR 5

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Sedap sungguh air strawberi,
                Sambil minum makan laksa,
                Hendaklah jaga kebersihan diri,
                Menjadi tumpuan setiap masa.
                               Sungguh cantik bunga kiambang,
                               Merimbun hijau daun pandan,
                               Sentiasalah makan makanan seimbang,
                               Agar kita sihat tubuh badan.
                Pergi berguru ke Pulau Bernam,
                Pergi dengan menaiki rakit,
                Hendaklah kita rajin bersenam,
                Agar terhindar sebarang penyakit.
                               Kalau pergi ke pekan,
                               Jangan lupa belikan laksa,
                               Berfikiran positif perlu diamalkan,
                               Jangan sesekali berputus asa.




MODEL UPSR 6
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Balan pun membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Namun begitu, dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Fikirannya tertumpu kepada keseronokan mandi di bekas lombong. Ibu bapanya sering mengingatkannya agar jangan pergi ke bekas lombong itu.
                Hari ini dia nekad untuk ke sana. Ajakan Hock Sheng untuk mandi di bekas lombong pada petang itu menyebabkan dia tidak sabar-sabar




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger